05 July 2006
Iman, iman nak tau tak, gempaq satu dunia pasal team brasil tak dapat pi semi final world cup, bagi babah la..tahun ni bukan tahun brasil, maybe italy @ france..tapi iman, team favourite babah, VIVA ESPANA pun tak layak iman.... frust tuh mmg frust iman but nak wat camner, dah nama pun "football game" dan seperti mana yang kita tahu bola tuh bulat dan susah nak predict result dengan betul melainkan wisel penamat ditiup.., oleh itu selagi wisel belum ditiup, all players akan bermain bersungguh-sungguh, ibarat bertembung di medan perang just yang uniknya kita bertempur menggunakan akal dan kekuatan kita. akal bermaksud kita mengatur strategi dan melihat kelemahan pihak lawan dan manakala kekuatan kita ialah skill dan stamina kita, but perlu diingat..ada hari kita menang..dan ada hari jugak kita kalah just kengkadang je kita seri....its same with our cycle of life too, kita sebenarnya berjuang untuk mencapai impian, cita-cita dan jugak keinginan kita...ada masa kita berjaya mencapainya dan kita akan bergembira....dan ada masa jugak kita akan gagal dan kita pasti akan menangis, bersedih, menangis, kecewa....
so pesan babah pada anak babah ni, anggaplah hidup ini umpama perjuangan kita pada Allah dan beringatlah bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya dan yg paling penting sekali ialah keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah tidak akan hilang tetapi akan sentiasa berterusan .., kalau iman kita...ahaks..bukan iman anak babah tau, tapi keimanan iaitu kepercayaan kita kuat, kukuh, solid pada Yang Maha Pencipta, maka kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..
babah sayang iman..
0 comments:
Post a Comment